Pages

Tuesday, 30 April 2013

Petua Awek Muda



petua awek mudaPilihan 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi,….
amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
Pilihan 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air liur ada enzim yang boleh jadi ubat.
Pilihan 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
Pilihan 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Pilihan 5 : Setiap kali selepas solat subuh bacalah surah Yusuf, kemudian minum air suam sebanyak 3 teguk sahaja. Wajah anda akan kelihatan muda daripada umur sebenar.
Pilihan 6 : Hafalkan ayat 35 ~ 38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi. Untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Pilihan 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda
.
Pilihan 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. Wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping.
Pilihan 9: Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jgn sesekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Pilihan 10: Kisar beberapa jambul nenas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
Pilihan 11: Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.
Pilihan 12: Ambil beberapa biji buah kerandang yang telah masak. Bila anda petik buah kerandang nanti, ia tentu akan bergetah.Anda perlu membersihkannya dahulu. Kemudian, rebuskan buah kerandang sehingga mendidih. Merebus buah kerandang bertujuan menghilangkan keracunan getah yang mungkin terdapat pada buah kerandang yang anda petik. Seterusnya, anda jadikan buah kerandang rebus sebagai ulam ketika makan tengahari atau makan malam. Boleh dimakan bersama nasi, ulam-ulaman serta lauk-pauk lain. Amalkannya selalu secara berterusan untuk kelihatan awet muda.
Pilihan 13: Apabila anda mandi, curahkan air bermula dari kaki bukan dari kepala. Seterusnya, dari pergelangan kaki ke atas sampai pinggang, dan berhenti dahulu. Seetelah rasa haba panas naik ke atas, curahkan air sampai ke leher, dan berhenti dahulu. Setelah ada aliran haba panas sampai kepala, baharulah curah air ke kepala.
Pilihan 14: Amalkan berzikir seperti berikut:
Baca ” Ya Badiyah ” 1 kali
Baca ” Ya Nur ” 1 kali
Baca ” Ya Hadi ” 1 kali
Baca ” Ya Allah ” 3 kali
Amalkan membaca zikir ini dan tiup ke tapak tangan dan kemudiannya sapu ke muka anda setiap hari.
Pilihan 15: Amalkan membaca ayat-ayat seperti berikut:
Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh. Hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut. Ia untuk rawatan dalaman supaya kelihatan cantik muda dan bertenaga luaran dan dalaman.
Pilihan 16: Hiris halia muda dan bawang besar. Rendam di dalam air dan masukkan sedikit garam. Perahkan sedikit limau kasturi ke dalam air tersebut. Kemudian, hiriskan kulit limau kasturi dan masukkan dalam bekas berisi halia dan bawang yang telah dihiris. Makan ramuan ini sebagai ulam.

No comments:

Post a Comment