Pages

Tuesday, 30 April 2013

Apa Perasaan Anda, Melihat Apa Yang Gorila Lakukan Pada Budak Ini?







Assalamualaikum w.b.t

Saya terbaca satu kejadian yang pernah berlaku pada 1996 di sebuah zoo tertutup di Brookfield, Illionis.  


Kejadian gempar waktu itu, bila seorang budak lelaki berusia 3 tahun terjatuh dari ketinggian hampir 5 kaki. Budak lelaki itu di percayai pengsan setelah memanjat pagar penghadang untuk melihat sekumpulan Gorila di zoo berkenaan.



creadited to: here and here

Budak lelaki itu terjatuh ke dalam kawasan habitat Gorila yang besar dan ganas menyebabkan sekumpulan Gorila mula bertindak kecoh.


Ibu bapa budak lelaki itu, termasuklah pelawat-pelawat zoo tidak mampu berbuat apa-apa melainkan hanya menjerit cemas dari atas melihat budak lelaki itu di kerumuni sekumpulan haiwan.


Menariknya, seekor gorila betina yang di sahkan bernama Binti Juamenghampiri budak itu. Lalu membawa ke suatu sudut menjauhi gorila-gorila yang lain.



Korang boleh lihat video pendek kat bawah bagaimana. Binti sebenarnyamenyelamatkan budak lelaki yang pengsan itu dari di ganggu. Binti siap mengaum marah lagi bila ada gorila-gorila lain yang cuba mendekati.



Gorilla saved the kid


Ia digambarkan seolah-olah sama seperti  sedang menjaga anaknya yang juga baru di lahirkan, Koola.


Akhirnya budak itu dapat di keluarkan oleh pekerja zoo dan di tahan di wad selama 4 hari. 

"Orang yang membuang anak di sifatkan sebagai sebagai haiwan" 
*perumpamaan yang salah*


Nampaknya kena di gantikan perumpamaan yang lain pulak . Sedangkan haiwan liar macam gorila pun terserlah sifat penyayangnya.



Kalau dah bukan sifat manusia namanya...
Bukan jugak sifat haiwan...


Sifat apa lagi yang sesuai?



#Setiap Yang Bernyawa Itu Berhak Untuk Hidup

No comments:

Post a Comment