Pages

Tuesday 30 April 2013

GAMBAR MUKA AHLI POLITIK SEIRAS ARTIS TERNAMA



Nah tengok kompilasi gambar-gambar ahli politik Malaysia yang seiras-iras je muka dengan artis-artis ternama. Apa lagi, jom kita layan gambar-gambar ni :





Kenapa Nabi Muhammad SAW Tidak Mempunyai Bayang ,





                   

Semua sedia maklum.. satu mukjizat Nabi Muhammad saw adalah baginda tidak mempunyai bayang... kerana baginda itu sendiri adalah cahaya... Rahmatan Lilalalmin...

baginda dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.. baginda itu Nur Muhammad... cahaya atas cahaya... Allahu Rabbi...

ini adalah sabahagian rambut Rasululillah saw.... rambut ini apabila disuluh tiada bayang... jelas... ini adalah rambut junjungan besar baginda Rasululillah... rambut baginda masih hidup walaupun jasad baginda sudah tiada... buktinya apabila rambut ini dipotong.. ia akan kembali kepada panjang asal....

Sollu alan Nabi...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Allahumma salli `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama sallayta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid, Allahumma barik `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama barakta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid -



ANTARA KEISTIMEWAAN RASULULLAH SAW

Memang Rasulullah SAW manusia hebat, tiada tara, tiada lawannya, jika dikatakan Nabi Yusof segak tapi Nabi Muhammad lebih segak ,jika Nabi Daud dikurniakan dengan merdunya suara, tetapi suara Nabi Muhammad lebih merdu.

Mari kita lihat banyak lagi istimewanya Rasulullah SAW yang kita tidak tahu

Rasulullah SAW tiada bayang-bayang:
Al-Hakim al-Tirmizi meriwayatkan daripada Zakwan: “Sesungguhnya Rasulullah SAW itu tidak mempunyai bayang-bayang sama ada ketika berada di bawah sinar matahari, mahupun bulan.”

Rasulullah SAW tidak dihinggapi lalat :

Al-Qadhi ‘Iyadh menyebut di dalam al-Syifa, dan al-’Azafi dalam Maulidnya: “Di antara keistimewaan Nabi Muhammad SAW, lalat tidak pernah menghinggapi baginda.”

Ia juga disebutkan oleh Ibnu Sabu’ dalam al-Khasa’is, dengan lafaz: “Sesungguhnya lalat tidak pernah hinggap pada pakaiannya.”

Beliau menambah: “Sesungguhnya di antara keistimewaan Rasulullah SAW, kutu tidak pernah menggigitnya.”

Istimewanya darah Rasulullah SAW:

Diriwayatkan oleh al-Bazzar, Abu Ya’la, al Tabrani, al Hakim dan al Baihaqi daripada Abdullah ibn al Zubair: “Bahawa dia pernah datang menemui Rasulullah SAW ketika sedang dibekam. Setelah selesai dibekam, Rasulullah SAW pun bersabda, “Wahai Abdullah! Pergilah kamu dengan membawa darah ini dan buanglah ia di suatu tempat yang tiada sesiapa pun melihat kamu.”

Tetapi dia meminum darah itu. Apabila pulang, Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Abdullah! Apakah yang telah kamu lakukan (terhadap darahku itu)?”

Jawabnya: “Aku telah meletakkannya di tempat yang tersorok yang aku ketahui ia sememangnya tersembunyi daripada pengetahuan orang.”

Rasulullah SAW bersabda: “Kemungkinan kamu telah meminumnya”. Kataku, “Ya!” Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah manusia daripada kamu dan terselamatlah kamu daripada manusia.”

Peluh Rasulullah SAW wangi :
Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas berkata: Rasulullah SAW pernah datang kepada kami lalu tidur sebentar (qailulah) di tempat kami. Baginda SAW berpeluh (semasa tidur). Ibuku datang membawa sebuah botol kaca lalu menadah peluh Rasulullah SAW yang mengalir itu. Rasulullah SAW pun terjaga lalu bersabda, “Wahai Ummu Sulaim! Apakah yang engkau lakukan?” Dia menjawab: “Peluh ini akan kita jadikan minyak wangi kita, ia adalah wangian yang paling harum!”

Nabi Muhammad SAW terpelihara daripada menguap
Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam al-Tarikh, dan Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf, serta Ibnu Sa’ad daripada Yazid ibn al-Asom, berkata: “Nabi Muhammad SAW tidak pernah menguap sama sekali.”

Keistimewaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang tidak diberikan kepada Nabi-nabi yang sebelumnya adalah:

1. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam diutuskan kepada semua manusia dan jin. Sedangkan Nabi-nabi terdahulu hanya diutuskan kepada Kaumnya sahaja. (Hr Bukhari)

2. Dihalalkan harta rampasan perang (ghanimah) kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallamsedangkan tidak dihalalkan bagi manusia-manusia sebelum Nabi. (Hr Bukhari)

3. Semua tanah dan tempat di muka bumi ini boleh dijadikan tempat solat. (HBukhari)

4. Nabi-nabi dan ummat terdahulu tidak bersembahyang melainkan di tempat-tempat ibadah yang khusus. (Hr Ahmad)

5. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberi bantuan ketika menghadapi musuh-musuh Islam dengan Allah SWT mencampakkan perasaan takut dalam hati-hati musuh sebelum sampai bertemu tentera-tentera Islam sejauh sebulan perjalanan. (Hr Bukhari)

6. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberi Syafaat. (Hr Bukhari) Syafaatnya untuk ummatnya bagi orang yang tidak melakukan syirik. (Hr Ahmad)

7. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan “Jawamiul Kalim”. (Hr Muslim) Iaitu kalimah yang ringkas tetapi mengandungi banyak makna.

8. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah penutup bagi kenabian. (Hr Muslim)

9. Diberikan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah dari gedung di bawah arasy. (Hr an-Nisaei)

10. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan kunci-kunci bumi. (Hr Ahmad)

11. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah orang yang pertama diberi nama Ahmad.
(Hr Ahmad)

12. Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah yang sebaik-baik umat.
(Hr Ahmad)
13. Diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang semasa dia lahir ke dunia lagi.
(Hr al-Bazzar)
14. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan Telaga al-Kauthar di akhirat.
(Hr al-Bazzar)
15. Mula-mula syaitan yang bersama Nabi Muhammad adalah kafir. kemudian Allah SWT membantu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan Islamnya syaitan tersebut.

16. Dijadikan saf Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam seperti saf para malaikat.
(Hr Muslim)

والله أعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


Wallahua'lam...

Subhanallah, Keajaiban Semulajadi Kolam Seribu Wajah (5 Foto)






Keajaiban semula jadi merupakan ciptaan Allah SWT kepada hambaNya. Keajaiban kali ini adalah terletak di Yellowstone National Park, Wyoming, Amerika. Ia merupakan kolam yang mempunyai warna yang sangat menarik.

Sebuah lagi keajaiban alam semulajadi yang patut kita kagumi ialah “Morning Glory Pool”, yang terletak di Yellowstone National Park, Wyoming, Amerika

Dengan gelaran kolam ‘seribu wajah’ kerana penampilan warnanya yang berwarna-warni, biru, hijau, kuning, orange dan coklat tembaga. Fenomena yang mengkagumkan ini telah menjadikan “Morning Glory Pool” sangat terkenal di serata dunia pada perspektif pelancongan. Setiap tahun sekitar 3 juta pelancong akan datang ke sini untuk menyaksikan keajaiban kolam ini.




Kononnya, kolam ini telah lama wujud dan telah dinamai sebagai “Morning Glory Pool’ sejak tahun 1880 lagi. Kewujudannya yang mengujakan itu ibaratnya seperti keindahan sekuntum bunga yang sedang kembang mekar di suatu pagi hari. Telah dipercayai bahawa kolam ini terjadi sedemikian rupa adalah dikeranakan oleh peristiwa alam semulajdi seperti gempa bumi dan aktiviti seismik di daerah itu.

Asalnya, kolam air panas itu didominasi oleh warna biru terang. Namun kemudiannyatelah berubah menjadi beberapa lagi warna lain dikeranakan oleh perbuatan tangan manusia iaitu para pengunjung yang telah datang dan membuang pula wang syiling, batu, kayu bahkan sampah ke dalamnya. Akibatnya objek² yang telah dibuang ke dalam kolam itu tertanam di dasar kolam yang kemudiannya telah menyumbat saluran-saluran air panas didasar kolam. 

Maka proses kitaran air mulai terganggu dan suhu air pun mulai menurun. Kolam yang dahulunya berwarna biru dengan wap yang mengepul-ngepul keluar kerana kepanasan air kini sudah tidak kelihatan lagi.


Akibat daripada penurunan suhu tersebut maka bakteria pun mulai masuk dan mengubah warna biru menjadi kekuningan, orange dan coklat tembaga. Pada proses awal kemasukan bakteria ini, ia hanya berada di sekitar pinggir kolam dengan menjadikan warna air kolam berubah ke warna kuning dan orange namun seiring dengan penurunan suhu air kolam maka bakteria tersebut mulai masuk hingga ke bahagian tengah kolam.


Akhirnya warna biru kehijauan kini tidak lagi mendominasi kolam itu. Sebaliknya, warna kuning, orange, coklat tembaga mulai terlihat menyebar mengelilingi kolam berkenaan. Seandainya keadaan ini tidak segera diatasi, berkemungkinan keindahan kolam air panas “Morning Glory Pool” suatu masa nan

10 Wanita Tercantek di Dunia





2013-04-17_233823Banyak sekali perempuan cantik di dunia ini. Tapi tahukah …
kalau rupanya tak hanya model-model cantik saja di dunia ini. Ada beberapa orang transgender (pondan) yang juga dianggap cantik dan terkenal sebagai model.Meski nampak layaknya model cantik yang menggoda, namun sebenarnya para transgender itu tetap saja menyimpan orang pembiakan lelaki. Meski ada beberapa di antaranya yang menanggalkan 'kelelakiannya', tetap saja mereka adalah lelaki.Percayalah, lelaki-lelaki yang menjadi transgender bahkan kerap kali kelihatan lebih cantik daripada perempuan sebenarnya. Jadi untuk kamu para lelaki, hati-hati jatuh cinta ya.1. Andrej Pejic 
Model yang terlahir sebagai lelaki berdarah Serbia-Australia ini dikenal dengan Andrej Pejic yang popular lantaran berjaya menunjukkan pakaian lelaki dan wanita sama baiknya. Bahkan Pejic berada di peringkat ke-18 dalam senarai 50 model lelaki terbaik dan nomer ke-98 dalam senarai 100 perempuan terseksi di dunia versi majalah FHM pada tahun 2011.
2. Chen Lili 

Terlahir pada Februari 1980, Chen Lili adalah seorang penyanyi, model, dan pelakon transseksual berasal  dari China. Lili menjadi perbincangan lantaran ikut dalam pertandingan kecantikan di tahun 2004 sebagai perempuan. Terlahir dengan nama Chen Yongjun, Lili melakukan operasi transgender pada November 2003. Dan pada 11 Februari 2004, Lili mempunyai ic sebagai seorang perempuan.sumber

3. Claudia Charriez 
Melihat susuk tubuh Claudia Charriez, kamu pasti tak akan menduga bahawa perempuan bertubuh menggoda ini asalnya adalah seorang lelaki. Ya, kerana bentuk tubuhnya yang begitu perempuan, Charriez meraih kemenangkan dalam America 's Next Top Transsexual Model pada tahun 2009 lalu.Setuju kan kalau seksi?
4. Jenna Talackova 

Jenna Talackova adalah model transgender asal Kanada yang mengikuti program pemilihan wanita cantik sedunia, Miss Universe 2012. Talackova dikenali lantaran begitu aktif membela hak-hak kaum transgender untuk setara dengan perempuan tulen dan mengikuti pelbagai pertandingan berprestij.Well, dia cantik kan?
5. Kayo Satoh 

Kayo Satoh terlahir pada 26 Disember 1988 di wilayah Aichi dan merupakan model serta selebritis TV di Jepun yang terkenal. Kayo Satoh kembali meraih populariti pada tahun 2010 di Jepun dan luar negeri setelah dirinya mengakui terlahir sebagai seorang lelaki melalui blog peribadinya. Wow, padahal Satoh sangat sempurna sebagai perempuan.
6. Harisu 

Harisu adalah nama  glamor, Lee Kyung Eun yang terlahir dengan nama Lee Kyung Yeop pada 17 Februari 1975. Dirinya adalah model, penyanyi pop, dan pelakon dari Korea Selatan. Terlahir sebagai lelaki, Harisu melakukan operasi transgender pada tahun 1990-an dan menjadi entertainer pertama Korea Selatan yang transgender. Pada tahun 2002, dirinya menjadi orang kedua di Korea yang rasmi menukar jantina.
7. Kim Petras 

Kim Petras terlahir pada 27 Ogos 1992 di Cologne, Jerman. Dirinya adalah seorang penyanyi pop remaja. Petras memiliki ciri khas lagu dengan genre electronic dance pop dan sudah menguncup label indie Joyce Records. Petras menjadi pembicaraan awam luas secara global lantaran dirinya melakukan operasi transgender di usia yang sangat muda.
8. Lea T 

Lea T adalah model asal Brazil yang terkenal lantaran menjadi transgender. Berdarah Amerika Selatan berjaya membuat Lea menjelma menjadi perempuan yang sangat seksi dan cantik, terutama saat membawakan bikini di atas catwalk. Bahkan badan Lea dikaruniai pesona yang luar biasa layaknya perempuan sejati.
9. Nong Poy 

Saknarin Marnyaporn terlahir pada 5 Oktober 1986 dan lebih dikenali dengan nama Nong Poy atau Treechada dan menjadi model serta pelakon Thailand. Terlahir sebagai lelaki, Poy melakukan operasi transgender saat berusia 17 tahun. Semenjak kecil, Poy menyedari dia adalah perempuan, namun bersikap sebagai lelaki saat di depan orangtuanya.
10. Sirapassorn Atthayakorn 

Masih berusia 21 tahun, namun Sirapassorn Atthayakorn sudah menjadi pemenang dalam ajang kecantikan Miss International Queen pada tahun 2011 silam.  Atthayakorn diyakini sebagai salah satu transgender tercantik di dunia. Hmm, hati-hati untuk kamu para lelaki yang membuat perjalanan ke Thailand ya. Jangan sampai keliru mengenali lelaki dan wanita

Norra Danish makan coklat ,lakukan aksi ….





Nora Danish - Opssmedia.comGambar Norra Danish lakukan aksi lucah ketika makan coklat.
Macam-macam gaya yang dipertontonkan oleh Nora Danish sejak akhir-akhir ini. Memang comel sunggah artis popular ini sehingga terus menjadi perhatian para peminatnya.

Pelajar Di Buang Sekolah Kerana Persenda Solat Di Youtube (Video)







Sekumpulan pelajar perempuan di sebuah sekolah di Indonesia telah dibuang sekolah serta merta selepas video mempersendakan solat yang direkod oleh mereka telah diketahui oleh pihak sekolah.

Melalui video yang berdurasi selama 5 minit 34 saat itu, mereka dilihat mempermainkan langkah-langkah dalam bersolat dengan diselang-seli dengan lagu dendangan Maroon 5, One More Night.

Video terbabit dipercayai dirakamkan pada 9 Mac namun hanya diketahui oleh pihak sekolah mereka pada 30 Mac yang lalu sekali gus memaksa pengetua mereka mengambil tindakan drastik membuang pelajar-pelajar tersebut dari sekolah terbabit.

Diharapkan kejadian sebegini tidak berlaku di Malaysia kerana penulis percaya kita masih lagi tahu menjaga batas-batas dalam perkara yang melibatkan sensitiviti kaum dan agama.


sumber: http://mynewshub.my/

Azab Allah: Mati Saat Bercinta




Selama dua hari terakhir, masyarakat diheboh dengan beredarnya gambar dua orang yang meninggal dunia ketika melakukan hubungan intim.Berdasarkan khabar yang heboh di dalam masyarakat, dua insan itu disebut-sebut bukan pasangan suami isteri yang sah,melainkan dua orang yang curang.

Keduanya, dikhabarkan sama-sama sudah berkeluarga. Dari gambar yang beredar dari telefon ke telefon, tampak dua jasad tengah berpelukan.

Di foto itu terlihat, badan orang yang berada di atasnya bertiarap dan bahagian bokongnya ditutupi kain sarung. Sementara tangan wanita yang berada di bawahnya dalam posisi memeluk bahu lelaki itu.

Kedua jasad tersebut berada dalam beg jenazah berwarna kuning. Tampak juga dua orang berseragam mirip polis,tengah menunjukkan mayat dua orang yang disebut-sebut sedang berzina ini.

Sepertinya, kedua jasad itu berada di sebuah bilik mayat. Kerana jika dilihat dari lantainya, biasanya digunakan di ruangan mayat.

Salah seorang warga, Wahyudi mengatakan, berdasarkan informasi yang diterimanya, dua pasangan berbeza jenis itu berzina di sekitar makam keramat yang berada di belakang Cengsin, Klari. Namun saat bercinta, badan keduanya tak boleh di lepas.

"Katanya yang lelaki sempat menelepon kawannya yang satpam, kerana badannya tidak boleh lepas. Sampai akhirnya dibawa ke tiga buah klinik, tapi tak ada yang
boleh melepaskan keduanya" ujarnya.

Berdasarkan informasi yang diterimanya pula, kedua pasangan yang curang itu meninggal di rumah sakit. "Awalnya saya tidak percaya khabar ada orang mati melekat,tapi setelah melihat gambar ini saya baru percaya,"katanya.

Dikatakannya juga, meski gambarnya beredar luas, namun berita yang diterimanya berasal dari mulut ke mulut. Ia sendiri belum tahu kebenarannya.

Kasi Trantib Kecamatan Klari Daud Haryanto mengatakan, ia hanya mendengar informasi
yang dihebohkan, namun tidak tahu kepastiannya. "berita yang dihebohkan memang seperti itu, tapi saya tidak tahu kerana kurang jelas informasinya," ujarnya.

Sementara itu, Kapolsek Klari Kompol Wahidin menganggapnya hanya isu yang beredar dari mulut ke mulut, kerana pihaknya tidak pernah menangani kes tersebut.

Menurutnya, jika kejadian itu benar, pihaknya pasti akan mendapatkan laporan dari
babinkamtibmas yang ditugaskan di desa.

Semoga menjadi Renungan & diambil hikmahnya

Ikan Keluar Dari Mayat Manusia. MasyaaLLah.


  
Ikan keli kita penah dgr, ikan lain. hmmm.. tgk la sendiri. nanti ada yang fobia nak makan ikan lak.


Tanda-Tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap Sempurna





Written By bsykm on Sunday, 21 April 2013 | 23:41

Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

10) Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim

14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai

15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)

Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

    Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
    Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
    Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
    Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
    Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
    Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
    Gempa bumi di Timur.
    Gempa bumi di Barat.
    Gempa bumi di Semenanjung Arab.
    Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.


Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”

Gambar Gajah Amuk Pijak Orang Hancur





April 21st, 20130 Comments
Gambar Gajah Amuk Pijak Orang Hancur
xlupadotcom119 Gambar Gajah Amuk Pijak Orang Hancur
Gajah ini pijak hingga terburai perut orang tersebut.
snuffxdotcomchainedeleppk8 Gambar Gajah Amuk Pijak Orang Hancur
snuffxdotcomchainedelepsy3 Gambar Gajah Amuk Pijak Orang Hancur
Disebalik pokok ada ramai orang memerhati tapi tak boleh buat apa..
snuffxdotcomchainedelepda3 Gambar Gajah Amuk Pijak Orang Hancur
Lepas hancurkan..gajah ini dengan selamba menunjukkan buntut pada orang yang merakamnya..

INFO : Emosi Gajah
Gajah merupakan antara haiwan yang mempunyai emosi paling tinggi di dunia. Mereka membentuk hubungan yang rapat antara satu sama lain dan akan meratapi kehilangan yang tersayang.
Jika ada seekor dari sekawan gajah meninggal dunia, gajah-gajah yang lainnya akan berkumpul dan memberikan penghormatan untuk pengkebumiannya.
Anak-anak gajah yang kehilangan ibunya kebiasaannya akan bersedih dan kehidupannya tidak terurus. Namun nasibnya tidak terabai apabila gajah-gajah dewasa yang lain akan membantu anak gajah tersebut dengan menjaganya dan memberikan sokongan untuknya terus hidup. Ianya sedikit sebanyak tidak ubah seperti kehidupan bermasyarakat yang diamalkan oleh manusia.
Terdapat satu kes dimana seorang wanita telah membesarkan seekor anak gajah. Pada suatu hari, dia terpaksa pergi jauh bagi menghadiri perkahwinan anaknya. Apabila pulang, anak gajah tersebut ditemui mati akibat patah hati semasa ketiadaannya

cara pemilihan komando Taiwan



 

Ini adalah kursus asas komando Taiwan yang digelar Sea Dragon . Pelatih diuji dengan disuruh menyeret badan dan berguling di atas batu tajam sejauh 50 meter. Ia digelar RoadTo Heaven .